Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, 25/02/2014... tarikh blog PUSPANITA KADA ditubuhkan. PUSPANITA KADA maju selangkah lagi dengan membangunkan sebuah blog untuk warga puspanita KADA mendapat informasi terkini mengenai akitiviti Puspanita.
Sejajar dengan perkembangan pantas era ICT, blog yang semakin popular pada masa kini selain dari media sosial yang lain, PUSPANITA KADA menggunakan medium ini untuk berkongsi dan berhubung dengan Warga Puspanita KADA dengan lebih cepat, tanpa batasan dan pada bila-bila masa.
Semoga blog ini dapat memberi manafaat dan kemudahan kepada semua Warga Puspanita untuk terus mengikuti perkembangan yang berlaku dalam PUSPANITA KADA. Blog ini boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Oleh itu ianya akan selalu dekat di hati kita.
Biro Penerbitan PUSPANITA KADA amat mengalu-alukan sumbangan Warga Puspanita untuk berkongsi idea dan pandangan bagi menambahbaik pengisian maklumat di dalam blog ini. Sumbangan anda boleh diemelkan kepada salwani@kada.gov.my.
PUSPANITA - Wanita Sepakat Negara Meningkat
Salam Perkenalan dari
Biro Penerbitan Puspanita KADA